Papan tanda beri laluan

Dalam bidang pengangkutan jalan raya, papan tanda lalu lintas Beri Laluan atau Kasih Jalan menandakan bahawa setiap pemandu mesti bersedia untuk berhenti jika perlu untuk membolehkan pemandu dari arah lain meneruskan perjalanan. Pemandu yang berhenti sudah memberikan hak jalan kepada pemandu lain. Sebaliknya, papan tanda berhenti pula memerlukan setiap pemandu berhenti sepenuhnya sebelum meneruskan perjalanan, walaupun apabila tiada kenderaan dari arah lain.Papan tanda berbentuk segi tiga terbalik ini mula digunakan di Eropah, misalnya di Czechoslovakia ia telah digunakan pada tahun 1938 menggunakan varian biru-putih tanpa perkataan[1] dan pada tahun 1939 pula di Protektorat Bohemia dan Moravia ia ditukar kepada varian merah-putih sebagaimana sekarang.[2] Segi tiga hitam terbalik merupakan simbol yang bermaksud "berhenti bagi semua kenderaan" sejak sekitar tahun 1925 di Jerman.